Fungsi metabolic vitamin A Vitamin_A

Vitamin A memainkan peranan dalam pelbagai fungsi di seluruh tubuh, seperti:

  • Penglihatan
  • Penyalinan Gen
  • Fungsi imunisasi
  • Perkembangan janin dan pembiakan
  • Metabolis tulang
  • Haematopoiesis
  • Kesihatan kulit
  • Aktiviti antioxidant

Penglihatan

Peranan vitamin A dalam kitaran penglihatan adalah khusus berkait dengan bentuk retinal. Dalam mata, 11-cis-retinal terikat kepada rhodopsin (rods) dan iodopsin (kon) pada sisa lysine kekal (“conserved lysine residues”). Apabila cahaya memasuki mata 11-cis-retinal menjadi isomerized kepada bentuk all-"trans". Retinal all-"trans" terpisah dari opsin dalam beberapa langkah berturutan yang dikenali sebagai pelunturan. Isomerization ini memicu isyarat saraf sepanjang saraf penglihatan kepada pusat penglihatan di otak. Apabila kitaran ini lengkap, retinal all-"trans" boleh dikitar dan ditukar kembali kepada bentuk retinal 11-"cis" melalui siri tindak balas enzim. Tambahan lagi, sesetengah retinal all-"trans" mungkin ditukar kepada bentuk retinol all-"trans" dan kemudiannya diangkut melalui protein pengikat- retinol (IRBP) ke sel epithelial pewarna. Esterification lanjut kepada retinyl esters all-"trans" membenarkan bentuk akhir ini disimpan dalam sel epithelial pewarna bagi digunakan semula apabila diperlukan.[15] Penukaran akhir retinal-11-cis akan mengikat kepada opsin bagi membentuk rhodopsin dalam retina. Rhodopsin diperlukan bagi melihat hitam dan putih dan juga bagi melihat waktu malam. Ini merupakan punca kekurangan vitamin A akan menghalang pembentukan rhodopsin dan mendorong kepada rabun malam.[16]

Pembentukan gen

Vitamin A, dalam bentuk asid retinoic, memainkan peranan penting dalam pembentukan gen. Apabila retinol telah diserap oleh sel, ia boleh dioksida kepada retinal (oleh retinol dehydrogenases) dan kemudian retinal boleh di oksida kepada asid retinoic (melalui retinal oxidase). Perubahan retinal kepada asid retinoic adalah langkah tidak boleh diundur, bererti penghasilan asid retinoic dikawal ketat, disebabkan aktivitinya sebagai ligand bagi penerima nuklear (“nuclear receptors”).[15] Asid retinoic mampu mengikat dua penerima nuklear bagi memulakan (atau mengekang) pembentukan gen: Penerima asid retinoic “(retinoic acid receptors – RAR”) atau penerima "X" retinoid (“retinoid "X" receptors –RXRs”). RAR dan RXR perlu dimerize sebelum ia mampu mengikat kepada DNA. RAR akan membentuk heterodimer dengan RXR (RAR-RXR), tetapi ia sukar membentuk homodimer (RAR-RAR). Sebaliknya, RXR mudah membentuk homodimer (RXR-RXR) dan akan membentuk heterodimer dengan kebanyakan penerima nuclear yang lain, termasuk penerima hormone thyroid (“thyroid hormone receptor - RXR-TR”), penerima Vitamin D3 (RXR-VDR), penerima pengaktif-pengganda peroksisom ("peroxisome proliferator-activated receptor - RXR-PPAR) dan penerima "X" hati (RXR-LXR).[17] RAR-RXR heterodimer mengenali tindak balas asid retinoid unsur (RAREs) pada DNA manakala RXR-RXR homodimer mengenali tindak balas retinoid "X" unsur (RXREs) pada DNA. Heterodimers RXR yang lain akan mengikat pada pelbagai unsur tindak balas lain pada DNA.[15] Apabila sahaja asid retinoic terikat pada penerima dan dimerization telah berlaku, penerima menjalani pertukaran pematuhan (“conformational change” yang menyebabkan sesama-pemendam (“co-repressors”) menyingkir daripada penerima. Rakan pengaktif kemudian boleh mengikat pada kompleks penerima, yang mungkin membantu melonggarkan struktur chromatin daripada histones atau mungkin bertindak balas dengan mesin transkripsi.[17] Penerima kemudiannya boleh mengikat pada unsure tindak balas pada DNA dan naikkawal (“upregulate”) atau turun kawal (“downregulate”) gambaran gen sasaran, seperti protin pengikat retinol selular (“cellular retinol-binding protein – CRBP”) termasuk juga gen yang mengkod bagi penerima itu sendiri.[15]

Dermatologi

Vitamin A kelihatannya berfungsi bagi mengekalkan kulit sihat normal. Mekanisma di belakang agen therepeutik retinoid dalam rawatan penyakit dermatologi sedang dikaji. Bagi rawatan jerawat, dadah yang paling berkesan adalah 13-cis asid retinoic (isotretinoin). Sungguhpun tindakan mekanismanya kekal tidak diketahui, ia satu-satunya retinoid yang mengurangkan saiz dan pengeluaran kelenjar sebum. Isotretinoin mengurangkan bilangan bacteria dalam kedua-dua liang dan permukaan kulit. Ini dipercayai terhasil akibat pengurangan sebum, sumber zat bagi bakteria. Isotretinoin mengurangkan keradangan dengan mengekang tindak balas chemotatic oleh monosit dan neutrophils.[15] Isotretinoin juga dibuktikan memulakan perubahan kelanjar sebum; memicu perubahan dalam penonjolan gen yang menyebabkan apoptosis.[18] Isotretinoin merupakan teratogen dan kegunaanya terhad kepada penyeliaan perubatan.

Rujukan

WikiPedia: Vitamin_A http://www.emedicine.com/emerg/topic638.htm http://www.emedicine.com/med/topic2382.htm http://www.nutritiondata.com/facts/pork-products/2... http://www.nutritiondata.com/facts/vegetables-and-... http://www.nutritiondata.com/facts/vegetables-and-... http://www.nutritionj.com/content/7/1/7 http://www.mrw.interscience.wiley.com/emrw/9780470... http://www.iom.edu/Object.File/Master/7/296/webtab... http://lpi.oregonstate.edu/infocenter/vitamins/vit... http://www.dietary-supplements.info.nih.gov/factsh...